Skip to main content

Notis Perundangan

Syarat Penggunaan 

Terakhir dikemas kini [5 Mac, 2015]

Laman web ini (“Laman Web") disediakan untuk anda di bawah "Syarat Penggunaan" ini dan sebarang pindaan atau tambahan kepadanya (secara kolektif dirujuk sebagai "Perjanjian" ini) yang mungkin disiarkan oleh Johnson & Johnson SDN. BHD. atau salah satu anggota gabungannya (secara kolektif, “Pemilik Laman”, “kami”) dari semasa ke semasa. Penggunaan anda terhadap Laman Web ini, atau sebarang perkhidmatan atau kandungan lain yang disediakan melalui Laman Web [atau Perisian Mudah Alih], akan dianggap sebagai persetujuan anda untuk terikat, di sisi undang-undang, dengan terma dan syarat Perjanjian, yang akan dikuatkuasakan dengan cara yang sama seolah-olah anda telah menandatangani kertas Perjanjian. Jika anda enggan menerima terma dan syarat dalam Perjanjian ini, kami meminta anda supaya tidak mengakses atau menggunakan Laman Web atau menulis atau menyerahkan sebarang bahan di laman ini. 

Pelawat Sasaran

Laman Web ini dimaksudkan untuk, dan ditujukan kepada penduduk Malaysia. Laman Web ini tidak dimaksudkan untuk pelawat yang berumur bawah 13 tahun.  

Penafian Maklumat

MAKLUMAT, TERMASUK SEBARANG, NASIHAT DAN CADANGAN DI LAMAN WEB INI DISEDIAKAN SEBAGAI BIMBINGAN UMUM SEMATA-MATA. IA TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK DIANGGAP SEBAGAI NASIHAT PERUBATAN ATAU KESIHATAN, ATAU DIGUNAKAN UNTUK DIAGNOSIS ATAU RAWATAN PERUBATAN, UNTUK SATU-SATU MASALAH. IA JUGA TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI PENGGANTI NASIHAT DAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL DARIPADA PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN BERKELAYAKAN YANG ARIF TENTANG FAKTA UNIK DIRI ANDA. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ATAU PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN BERKELAYAKAN LAIN BERHUBUNG SEBARANG MASALAH PERUBATAN, DAN SETIAP KALI SEBELUM MEMULAKAN SEBARANG RAWATAN BAHARU. PENGGUNAAN LAMAN WEB INI OLEH ANDA TERTAKLUK PADA PENAFIAN DAN KAVEAT TAMBAHAN YANG MUNGKIN MUNCUL DI MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI.

 KAMI TIDAK MEMIKUL SEBARANG TANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG AKIBAT YANG BERKAITAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN SEBARANG TINDAKAN YANG ANDA AMBIL ATAU TIDAK AMBIL BERDASARKAN MAKLUMAT, PERKHIDMATAN, ATAU BAHAN LAIN YANG TERKANDUNG DI LAMAN WEB INI. WALAUPUN KAMI SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT DI LAMAN WEB INI TEPAT, LENGKAP DAN TERKINI, KAMI TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KERUGIAN ATAU KEHILANGAN YANG BERKAITAN DENGAN KETEPATAN, KESEMPURNAAN, ATAU KETEPATAN MASA MAKLUMAT DI LAMAN WEB INI.

Pemilikan

Anda memahami bahawa Laman Web ini disediakan untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukan untuk perniagaan. Anda bersetuju bahawa Laman Web ini merupakan hak milik Pemilik Laman; termasuk semua hak harta intelek di dalamnya dan anda tidak mempunyai hak untuk menggunakannya selain daripada yang dinyatakan dalam Syarat Penggunaan ini. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang bahaya atau kerugian yang anda tanggung berhubung sebarang penggunaan anda terhadap Laman Web untuk tujuan perniagaan atau tujuan lain yang tidak dibenarkan di bawah Syarat Penggunaan ini. Kami berhak untuk menolak atau menamatkan akses kepada Laman Web atas budi bicara kami sendiri. Laman Web ini disediakan secara percuma dan atas dasar itu, kami tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebarang perkhidmatan penyelenggaraan atau sokongan berhubung laman ini dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin anda tanggung yang berpunca daripada sebarang kegagalan kami untuk menyelenggara atau mengemas kini Laman Web.

Anda tidak boleh menyalin, mengubah atau menggunakan semula Laman Web, sebarang kemas kini atau mana-mana bahagiannya, termasuk perisian yang terdapat di dalamnya.

Anda boleh menggunakan Laman Web ini hanya untuk tujuan yang sah dan menurut Syarat Penggunaan ini.  Anda diberikan lesen bukan eksklusif, tidak boleh dipindah milik, boleh ditarik balik dan terhad untuk melihat, mencetak dan mengedarkan kandungan yang diambil daripada Laman Web untuk tujuan peribadi dan bukan komersial, dengan syarat anda tidak memadamkan atau mengaburkan notis hak cipta atau notis lain yang terpapar pada kandungan. Anda tidak boleh menyalin, mencetak semula, mengubah suai, memaparkan, melaksanakan, menterjemah, mengedar, mengadaptasi, menyiarkan, menyampaikannya kepada orang ramai melalui telekomunikasi, mengedarkan, atau menjual kandungan yang diambil daripada Laman Web dengan apa jua cara, untuk sebarang kegunaan komersil atau memberikannya kepada mana-mana sumber komersial, termasuk laman web lain, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pemilik Laman. 

Selain itu, anda bersetuju untuk tidak: (i) menggunakan Laman Web ini dalam apa-apa cara yang boleh melumpuhkan, membebankan, merosakkan, atau menjejaskan Laman Web ini, atau mengganggu sebarang penggunaan lain Laman Web ini, termasuk, keupayaan mana-mana pengguna lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti masa nyata melalui Laman Web ini; (ii) menggunakan sebarang robot, lelabah atau peranti automatik lain, proses atau cara untuk mengakses Laman Web ini untuk sebarang tujuan, termasuk untuk mengikis, melombong data, memantau atau menyalin sebarang bahan di Laman Web ini; (iii) menggunakan sebarang proses manual untuk memantau atau menyalin sebarang bahan di Laman Web ini, atau melibatkan diri dalam sebarang tujuan lain yang tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Pemilik Laman; (iv) ataupun, menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin yang mengganggu fungsi normal Laman Web ini; atau (v) sebaliknya cuba mengganggu fungsi normal Laman Web ini.

Kami memegang semua hak lain yang tidak diberikan kepada anda dengan jelas. 

Privasi dan Persetujuan Penggunaan Data

Maklumat yang kami peroleh melalui penggunaan Laman Web oleh diri anda, sama ada melalui proses pendaftaran atau sebaliknya, adalah tertakluk pada Dasar Privasi kami. Dasar Privasi kami memberi perhatian kepada pengumpulan dan penggunaan data yang anda berikan kepada kami, termasuk hak anda berhubung maklumat itu.

Komunikasi Elektronik

Maklumat yang dikomunikasikan di Laman Web akan dianggap sebagai komunikasi elektronik. Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui Laman Web atau melalui media elektronik dalam bentuk lain, seperti e-mel, itu bermakna anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda bersetuju bahawa kita boleh berkomunikasi secara elektronik, tertakluk pada undang-undang privasi tempatan. Komunikasi tersebut pula, termasuk notis, pendedahan, perjanjian, dan komunikasi lain yang kami berikan kepada anda secara elektronik, adalah setara dengan komunikasi secara bertulis dan hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seolah-olah komunikasi tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang menghantar komunikasi tersebut.

Serahan Pengguna

 Kami telah mencipta, atau mungkin akan mencipta, bahagian tertentu, seperti papan mesej dan ruang sembang, dalam Laman Web di mana ahli boleh memuat naik dan berkongsi pandangan, komen, ulasan produk, gambar, video dan sebagainya dengan ahli-ahli yang lain (secara kolektif, “Forum”). Forum ini mungkin tersedia kepada ahli berdaftar Laman Web ini sahaja.  Untuk membantu memastikan teks, grafik, perisian, muzik, bunyi, gambar, video, mesej, siaran, data, maklumat atau bahan-bahan lain yang dipaparkan oleh pengguna (secara kolektif, "Kandungan Pengguna") memberi manfaat kepada komuniti yang lebih besar, kami telah menggariskan beberapa peraturan asas untuk dipatuhi oleh semua pengguna.

Di samping itu, jika Forum disediakan di Laman Web, ia mungkin membenarkan pengguna menerbitkan soalan untuk dijawab oleh pakar yang dilantik oleh kami.  Jika berkenaan, pakar ini dibayar oleh kami atas masa mereka menjawab soalan pengguna, tetapi pendapat yang mereka nyatakan merupakan pendapat mereka sendiri.   Kami menyediakan akses kepada pakar dan panduannya di Forum semata-mata sebagai perkhidmatan maklumat serta bimbingan kepada ahli Laman Web.  

 Dasar kami untuk Laman Web ini adalah menyemak Kandungan Pengguna, setakat yang praktikal, sama ada sebelum atau selepas Kandungan Pengguna sedemikian diterbitkan.  Prapenyederhanaan bermakna bahawa Kandungan Pengguna tidak akan diterbitkan di Forum dan tidak boleh diakses atau dilihat oleh ahli Laman Web yang lain sehinggalah kami selesai menyemak dan menentukan bahawa Kandungan Pengguna itu sesuai untuk dipaparkan di Forum.  Proses ini juga bermakna bahawa Kandungan Pengguna yang diserahkan untuk diterbitkan tidak akan diterbitkan dalam masa nyata dan mungkin tidak akan diterbitkan sama sekali jika kami memutuskan bahawa ia tidak sesuai untuk Laman Web ini. Pascapenyederhanaan bermakna bahawa Kandungan Pengguna akan disemak oleh kami setelah ia diterbitkan di Laman Web.  Kandungan Pengguna yang telah disederhanakan dan yang ditentukan oleh Pemilik Laman sebagai tidak mematuhi Syarat ataupun tidak sesuai untuk Laman Web akan dikeluarkan daripada Laman Web, tanpa notis kepada Pengguna.  

Kandungan Pengguna hendaklah sesuai untuk Forum.  Tanpa mengehadkan sebab mengapa Kandungan Pengguna mungkin ditolak oleh kami, kami boleh menolak, mengedit atau mengalih keluar mana-mana Kandungan Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana Garis Panduan Komuniti yang kami tetapkan, yang mesti anda baca sebelum menerbitkan sebarang Kandungan Pengguna di Laman Web.Dengan menghantar Kandungan Pengguna untuk diterbitkan di Forum, anda juga (1) mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk menerbitkan atau menghantar Kandungan Pengguna; (2) bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya atas semua Kandungan Pengguna yang anda hantar untuk diterbitkan; dan (3) memberi Pemilik Laman serta entiti gabungannya hak dan lesen yang tidak boleh ditarik balik, sah di seluruh dunia, tidak eksklusif, berterusan, boleh disublesenkan sepenuhnya, boleh dipindah milik, dan tanpa royalti untuk menggunakan Kandungan Pengguna anda dengan sebarang cara di Laman Web dan di mana-mana laman web lain yang dimiliki atau dikendalikan oleh Pemilik Laman atau anggota gabungannya (juga di mana-mana laman media sosial yang dikaitkan dengan Pemilik Laman atau anggota gabungannya). 

 Kami bebas untuk menggunakan sebarang idea, konsep, pengetahuan, atau teknik yang terkandung dalam atau dihasilkan berdasarkan mana-mana Kandungan Pengguna untuk sebarang tujuan, termasuk membangunkan, mengilangkan dan memasarkan produk. Oleh itu, jangan serahkan atau hantar kepada kami sebarang idea, cadangan atau bahan yang ingin anda rahsiakan atau yang anda harapkan ganjaran daripadanya.  Anda tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap kami berhubung sebarang penggunaan atau ketakgunaan Kandungan Pengguna. Apabila anda menyerahkan Kandungan Pengguna, anda memahami bahawa kami mempunyai hak, tetapi bukan kewajipan, untuk menggunakan, memaparkan dan menerbitkan nama, foto, kemiripan, suara, prestasi, maklumat biografi dan/atau penyataan, di seluruh dunia untuk selama-lamanya, di Laman Web ini dan di mana-mana laman web anggota gabungan atau pengganti kami atau saluran media sosial yang dimiliki atau dikendalikan oleh kami atau anggota gabungan kami. Jika kami menggunakan mana-mana hak ini, anda memahami dan bersetuju bahawa anda tidak akan menerima sebarang pertimbangan, bayaran, pemberitahuan atau kredit, anda juga tidak akan mempunyai sebarang hak untuk meluluskan atau tidak meluluskan cara Pemilik Laman menggunakannya. 

Anda mengakui bahawa Forum ini mengandungi pendapat dan pandangan pengguna lain.  Anda selanjutnya mengakui bahawa kami tidak bertanggungjawab atas ketepatan mana-mana Kandungan Pengguna di Laman Web.  Anda memahami dan bersetuju bahawa semua Kandungan Pengguna adalah tanggungjawab individu yang menerbitkan Kandungan itu.  Anda memahami dan bersetuju bahawa anda akan menilai, dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengan, penggunaan mana-mana Kandungan Pengguna, termasuk sebarang kebergantungan kepada ketepatan, kesempurnaan, atau kebergunaan Kandungan Pengguna sedemikian.

 Kami berhak untuk menghentikan, pada bila-bila masa, secara sementara atau kekal, keupayaan anda untuk memuat naik Kandungan Pengguna dan/atau keupayaan anda untuk mengakses Kandungan Pengguna dengan atau tanpa notis, mengikut budi bicara kami sendiri.  Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang penggantungan atau penghentian penerimaan Kandungan Pengguna.

Sila ingat bahawa semua Kandungan Pengguna yang anda serahkan ke Laman Web melalui peranti mudah alih akan disimpan pada peranti mudah alih itu.  Keselamatan peranti mudah alih anda, serta maklumat dan bahan yang terkandung padanya, serta sebarang kata laluan yang anda gunakan pada peranti anda dan untuk mengakses Laman Web ini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. 

Penyimpanan Kandungan Pengguna

Kami mungkin mengenakan tempoh penyimpanan maksimum untuk Kandungan Pengguna di Laman Web. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau bahaya yang mungkin anda alami akibat sebarang pemadaman atau kegagalan untuk menyimpan sebarang mesej, komunikasi atau Kandungan Pengguna lain yang berkaitan dengan pengekalan tempoh penyimpanan maksimum.

Syarat Tambahan

Syarat tambahan mungkin mengawal ciri atau kandungan tertentu di Laman Web, seperti tawaran, cabutan hadiah, pertandingan, peraduan dan cabutan bertuah.  Dengan mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti di Laman Web yang dikawal oleh syarat tambahan, seperti cabutan hadiah, pertandingan, peraduan atau cabutan bertuah yang mempunyai Peraturan Rasmi, anda bersetuju bahawa anda akan tertakluk pada syarat tambahan tersebut sebagai tambahan pada Syarat Penggunaan ini.

Penafian Jaminan Berhubung Penggunaan Laman Web

LAMAN WEB INI DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEPERTI MANA TERSEDIA”. KECUALI SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN SECARA KHUSUS DALAM PERJANJIAN INI, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIIZINKAN MENURUT UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, PEMILIK LAMAN MENAFIKAN DENGAN JELAS JAMINAN, APA JUA JENISNYA, SAMA ADA TERSURAT, SAH ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETAKLANGGARAN HAK CIPTA.

PEMILIK LAMAN TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN BAHAWA LAMAN WEB AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, ATAU AKSES KEPADA LAMAN WEB TIDAK AKAN TERGANGGU, MENEPATI MASA, SELAMAT, ATAU BEBAS KESILAPAN, ATAU BAHAWA KECACATAN, JIKA ADA, AKAN DIBAIKI. PEMILIK LAMAN TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN BERHUBUNG HASIL YANG MUNGKIN DIPEROLEH DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU BERHUBUNG KETEPATAN, KUALITI ATAU KEBOLEHPERCAYAAN MANA-MANA MAKLUMAT YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB INI.

ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA MANA-MANA BAHAN DAN/ATAU DATA YANG DIMUAT TURUN ATAUPUN DIPEROLEH MELALUI PENGGUNAAN LAMAN WEB INI DIGUNAKAN ATAS RISIKO ANDA SENDIRI DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN KEPADA SISTEM KOMPUTER ATAU KEHILANGAN DATA YANG BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN MEMUAT TURUN BAHAN DAN/ATAU DATA SEDEMIKIAN.

TIADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA PEROLEH DARIPADA PEMILIK LAMAN ATAU MELALUI LAMAN WEB INI AKAN MENJADI SEBARANG JAMINAN YANG TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS DI SINI.

Had Liabiliti

ANDA DENGAN JELAS MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA, DALAM APA JUA KEADAAN, PEMILIK LAMAN, ANGGOTA GABUNGAN DAN MANA-MANA ​​ PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, EJEN, PEMEGANG MANDAT ATAU WAKILNYA YANG LAIN, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, TURUTAN, PUNITIF ATAU SEMAKIN TERUK, TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG KEHILANGAN PENGGUNAAN, KEHILANGAN PENDAPATAN, SIMPANAN ATAU KEUNTUNGAN, KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN NAMA BAIK, KOS PEROLEHAN PERKHIDMATAN GANTIAN ATAU SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU KEROSAKAN TURUTAN LAIN, WALAU BAGAIMANA IA DIAKIBATKAN, DAN PADA SEBARANG TEORI LIABILITI, SAMA ADA DISEBABKAN PELANGGARAN KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN DAN LIABILITI KETAT), ATAUPUN YANG BERPUNCA DARIPADA (1) PENGGUNAAN, ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI; (2) KOS PEMEROLEHAN PERKHIDMATAN, BARANG ATAU LAMAN WEB GANTIAN; (3) AKSES TANPA KEBENARAN ATAU PINDAAN PENGHANTARAN ATAU DATA ANDA (TERMASUK MAKLUMAT PERIBADI); (4) PERNYATAAN ATAU TINGKAH LAKU MANA-MANA ​​PIHAK KETIGA DI LAMAN WEB; ATAU (5) SEBARANG PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN LAMAN WEB. PENGEHADAN INI AKAN DITERAPKAN SAMA ADA PEMILIK LAMAN TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN ATAU TIDAK, DAN WALAUPUN TERDAPAT SEBARANG KEGAGALAN TUJUAN PENTING BAGI SEBARANG REMEDI TERHAD.  PENGECUALIAN LIABILITI INI AKAN DITERAPKAN SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

Notis Tanda Dagangan

Tanda dagangan dan jenama yang dipaparkan di Laman Web ini ialah kepunyaan Pemilik Laman, angota gabungannya atau pemilik pihak ketiga. Anda tidak boleh mengguna atau memaparkan mana-mana tanda dagangan atau tanda perkhidmatan yang dimiliki oleh Pemilik Laman tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Anda tidak boleh mengguna atau memaparkan apa-apa tanda dagangan atau tanda perkhidmatan lain yang dipaparkan di Laman Web ini tanpa kebenaran pemiliknya.

Pengubahan atau Penggantungan Laman Web

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Laman Web tersedia tetapi kami mungkin perlu, dari semasa ke semasa, mengganggu, menyekat, mengubah suai atau menghentikan Laman Web atau sebahagian daripadanya tanpa notis, secara sementara atau kekal. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bahaya atau kerugian yang mungkin anda tanggung akibat daripada tindakan tersebut.

Penamatan

Kami mungkin, pada bila-bila masa, menamatkan penggunaan atau akses anda terhadap Laman Web ini dan mungkin memadamkan sebarang atau semua Kandungan Pengguna anda tanpa notis terlebih dahulu jika kami mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian, termasuk sebarang pelanggaran Syarat Penggunaan dan Garis Panduan Komuniti oleh diri anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau bahaya yang mungkin anda tanggung akibat penamatan penggunaan Laman Web oleh anda dalam keadaan sedemikian. Sekiranya berlaku sebarang penamatan, anda perlu berhenti menggunakan Laman Web dan anda bersetuju bahawa peruntukan Perjanjian berhubung Pemilikan, Notis Tanda Dagangan, Perlindungan daripada Kerugian, Penafian atau Jaminan, Had Liabiliti, dan Undang-undang yang Berkenaan akan kekal efektif selepas penamatan sedemikian.

Pautan ke Laman Pihak Ketiga

Laman Web ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan kepada laman web pihak ketiga.  Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda semata-mata.  Tiada pengendorsan terhadap sebarang produk, perkhidmatan atau maklumat pihak ketiga yang dinyatakan secara tersurat mahupun tersirat oleh sebarang maklumat, bahan atau kandungan mana-mana pihak ketiga yang terkandung, dirujuk, disertakan, atau dipautkan daripada atau kepada Laman Web ini.  Sebarang maklumat, data, pendapat, cadangan, produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga sedemikian melalui pautan ke laman web lain ataupun yang disediakan melalui laman web mereka adalah milik pihak ketiga tersebut semata-mata dan bukan milik Pemilik Laman.  Cara anda menggunakan laman web pihak ketiga sedemikian adalah tertakluk pada syarat penggunaan dan dasar privasi laman web tersebut.

 Perlindungan daripada Kerugian

Anda bersetuju untuk melindungi dan tidak memudaratkan Pemilik Laman dan anggota gabungannya serta pengarah, pegawai, pekerja, ejen, atau wakilnya yang lain daripada dan terhadap semua tuntutan, liabiliti, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk tanpa had, semua yuran guaman dan kos yang timbul daripada atau berkaitan dengan (a) pelanggaran anda terhadap Syarat Penggunaan; (b) penggunaan anda terhadap Laman Web ini termasuk tanpa had penghantaran atau peletakan maklumat atau bahan oleh anda di Laman Web ini; dan (c) sebarang dakwaan atau tuduhan bahawa sebarang Kandungan Pengguna anda melanggar hak harta intelek atau hak proprietari lain, atau hak privasi, mana-mana pihak ketiga.

Pengubahan kepada Syarat ini

Kami mungkin membuat perubahan kepada Syarat Penggunaan ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara kami semata-mata, dengan mengemas kini Syarat Penggunaan Laman Web ini, dan menyatakan tarikh kuat kuasa versi baharu Syarat Penggunaan.  Tarikh “Terakhir Diubah” di bahagian atas Syarat Penggunaan ini akan menyatakan tarikh perubahan yang terakhir. Jika anda terus menggunakan Laman Web ini setelah versi baharu Syarat Penggunaan diterbitkan, tindakan itu akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan sedemikian.  Oleh itu, setiap kali anda melawat Laman Web ini, anda perlu memeriksa sama ada terdapat versi baharu bagi Perjanjian ini. 

Maklumat Hubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan Syarat Penggunaan atau Laman Web ini, anda boleh menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi atau bahagian “Hubungi Kami” di Laman Web ini.

Kebolehasingan Perjanjian

Sekiranya mana-mana bahagian atau peruntukan Syarat Penggunaan ini didapati menyalahi undang-undang, terbatal, tidak sah, atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian itu hendaklah disifatkan boleh diasingkan daripada Syarat Penggunaan ini dan tidak akan menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain.  

Kebertahanan

 Semua Seksyen akan kekal efektif walaupun selepas penamatan hak penggunaan Laman Web.  

Undang-undang yang Berkenaan dan Bidang Kuasa

Maklumat dalam Laman Web ini dimaksudkan untuk digunakan hanya oleh penduduk Malaysia.  Negara lain mungkin mempunyai undang-undang, keperluan peraturan, atau amalan perubatan yang berbeza daripada yang terdapat di Malaysia.  Perjanjian dan penyelesaian bagi sebarang pertikaian yang berkaitan dengan Perjanjian ini, Laman Web, atau produk yang anda beli melalui Laman Web ini, dan sebarang kewajipan bukan kontraktual yang timbul daripada atau berkaitan dengan Syarat Penggunaan ini, akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia tanpa memberi kesan kepada sebarang prinsip konflik undang-undang. Sebarang tindakan atau prosiding perundangan antara Pemilik Laman dan anda, yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah dibawa secara eksklusif ke mahkamah bidang kuasa yang kompeten yang terletak di Malaysia, dan anda bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa peribadi dan eksklusif bagi mahkamah sedemikian.