Perihal Kami

CLEAN & CLEAR®  berada di sini untuk menggalakkan remaja supaya mempamerkan dirinya yang sebenar yang penuh keyakinan itu kepada dunia, walaupun mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran hidup sehari-hari. Sebagai jenama yang direka khusus untuk remaja, kami memahami betapa pentingnya mengawal kulit yang berminyak, berjerawat, kusam atau kering supaya DIRI ANDA YANG SEBENAR dapat membebaskan diri daripada tanggapan masyarakat tentang kecantikan.

Dengan kulit “CLEAN & CLEAR®”, anda boleh berasa yakin untuk menjadi diri anda yang sebenar tanpa berasa bimbang akan dikritik orang. Beritahu dunia, “Lihatlah diri saya yang sebenar” kerana anda unik. Jika anda tidak menjadi ANDA, siapa lagi yang layak berada di tempat anda? Sama ada anda seorang yang pemalu atau peramah, berwajah yang mungkin anda rasakan tidak cukup “cantik” atau mempunyai minat yang tidak dianggap lazim di mata masyarakat, kami berada di sini untuk mengatakan bahawa ANDA hebat seadanya.

Berdiri tegak dengan penuh keyakinan, tunjukkan kepada dunia diri anda yang sebenar dan galakkan rakan anda untuk melakukan perkara yang sama. Ia memerlukan sedikit usaha, tetapi hasilnya memang menakjubkan.

Gambaran Keseluruhan Syarikat:

Melalui penyelidikan yang meluas, CLEAN & CLEAR ® telah memperoleh pemahaman mendalam tentang kulit remaja dan keperluannya yang unik, tanpa mengira jenis kulit. Dengan pandangan berasaskan pengetahuan dan teknologi maju, kami telah mereka rangkaian produk yang dibuat daripada rumusan yang lembut tetapi berkesan. Rangkaian lengkap ini akan memberi kulit anda yang halus itu penjagaan yang benar-benar diperlukannya. 

Daripada pembersih, penyegar dan pelembap, semua produk CLEAN & CLEAR® tidak mengandungi minyak. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang pori-pori tersumbat atau masalah kulit lain yang tidak diingini.