whywashyourface-pq.jpg

Langkah pertama mendapat kulit bebas jerawat semestinya rutin pembersihan yang bagus! Baca seterusnya untuk mengetahui sebabnya.

Setelah mengetahui jenis kulit anda dan jenis produk yang hendak digunakan, penting bagi anda mengikuti rutin pembersihan yang bagus. Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari - sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

Cuci pada waktu pagi:

Semasa anda tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda. Mencuci muka anda sebaik sahaja bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk. Selain itu: mencuci muka ketika bangun pagi boleh membantu mengejutkan anda! Berasa segar tentunya cara terbaik untuk memulakan hari anda.

Sekali lagi pada waktu malam:

Jadi anda sudah mencuci muka pada waktu pagi. Mengapa perlu cuci lagi pada waktu malam? Sebabnya, anda tentu mahu menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari. Fikirkanlah. Adakah anda terdedah kepada pencemaran? Adakah anda memakai mekap? Adalah anda sering menyentuh muka anda, yang mendedahkan kulit anda kepada lebih banyak bakteria dan kotoran? Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit anda sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan?

Elakkan juga daripada mencuci berlebih-lebihan!

Hanya kerana kotoran dan minyak boleh terkumpul pada kulit tidak bermakna anda perlu mencuci muka berkali-kali. Kecuali disarankan oleh doktor, mencuci lebih daripada dua kali sehari tidak disyorkan. Ini boleh menanggalkan minyak semula jadi yang penting daripada muka anda. Mengapa ini tidak baik? Sebabnya, muka anda memerlukan sedikit minyak untuk kekal sihat dan lembap. Jika kulit anda terlampau kering, badan akan cuba mengatasinya dengan mengeluarkan lebih banyak minyak - yang boleh membawa kepada lebih banyak jerawat! Kunci kepada amalan pembersihan yang baik - dan kulit bebas jerawat - tentulah keseimbangan.