5mythsbusted-pq.jpg

Kebenaran di sebalik kisah yang disampaikan selama ini tentang kulit anda.

1. “Apa yang anda makan tidak menjejaskan kulit anda.”

Angan-angan kita semua, bukan? Malangnya, susu tanpa lemak dan karbohidrat yang diproses seperti roti putih, pasta, kentang goreng, emping jagung dan pretzel mungkin akan membuatkan akne lebih teruk. Satu lagi alasan yang baik untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran!

2. “Peluh menyebabkan akne.”

Senaman mungkin teman baik anda, tetapi betulkah peluh itu musuh anda? Tak juga. Peluh dengan sendirinya tidak menyebabkan akne, tetapi kotoran, bakteria dan minyak yang terkumpul, boleh. Kerana itulah, mencuci muka selepas bersenam atau melakukan aktiviti fizikal merupakan satu idea yang baik.

3. “Jika anda ada akne, jangan pakai mekap.”

Anda tidak perlu menahan diri kerana tumbuhnya jerawat. Mekap yang dilabel "bebas minyak" atau "bukan komedogenik" yang tidak akan menyumbat pori-pori sebenarnya begitu sesuai untuk menyembunyikan jerawat. Cuma jangan lupa untuk menanggalkan semua mekap sebelum tidur.

4. "Cahaya matahari baik untuk akne."

Malah sebaliknya! Selain daripada meningkatkan risiko kanser kulit dan menyebabkan cepat kedut, sinaran UV matahari boleh mengeringkan kulit. Badan anda kemudian akan bertindak menghasilkan lebih banyak minyak, lalu membawa kepada tumbuhnya jerawat. Beringat-ingatlah sebelum anda mengabaikan pemakaian penapis suria.

5. " Jerawat bermaksud anda tidak mencuci muka anda secukupnya."

Cuci muka anda dua kali sehari. Seperti sinar UV, mencuci terlalu kerap juga boleh mengeringkan kulit anda, yang akan mencetuskan penghasilan lebih banyak minyak dan membentuk lebih banyak jerawat. Oh tidak!