acnepimples-pq.jpg

Siapa yang takut jerawat? Sudah tentu bukan anda! Kenali musuh ketat kulit anda dan tunjukkan pada jerawat siapa yang berkuasa.

Apakah yang berlaku?

Bintik atau jerawat boleh terbentuk apabila kulit anda terlalu berminyak, yang membolehkan bakteria membiak. Bakteria boleh membuat pori-pori tersumbat hingga menjadi bengkak dan merah.

Adakah jerawat boleh menular?

Tidak, anda tak perlu bimbang.

Apakah perbezaan di antara jerawat dan akne?

Sesetengah orang mendapat satu atau dua bintik sekali-sekala, sementara yang lain mengalami jangkitan jerawat bernanah dengan lebih kerap. Jika anda daripada golongan kedua, anda mungkin mengalami akne - keadaan kronik atau jangka panjang yang melanda ramai remaja dan dewasa. Tapi anda tak perlu panik. Terdapat banyak rawatan berkesan yang membantu mengawal akne.

Bagaimana pula dengan akne belakang, yang juga dikenali sebagai akne badan?

Jika anda mengalaminya, bukan anda seorang - ramai orang menghadapi masalah ini! Seperti akne muka, akne belakang boleh terbentuk apabila minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati menyumbat pori-pori anda, dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. Memakai baju ketat dan mengangkat beg galas yang berat kadang-kadang memburukkan lagi akne belakang dengan memerangkap lebih banyak kotoran dan bakteria. Anda boleh merawatnya dengan cara yang sama seperti merawat akne pada muka.

Adakah makanan berminyak dan coklat membuat muka saya ditumbuhi jerawat?

Tidak. Tetapi sesetengah karbohidrat yang diproses seperti roti putih, pasta, kentang goreng dan emping jagung mungkin membuat jerawat yang sedia ada lebih teruk.

Adakah berjemur di bawah matahari atau meletakkan ubat gigi pada jerawat menghapuskannya?

Tidak. Ini hanya akan mengeringkan kulit anda, dan menyebabkan lebih banyak jerawat.

Adakah jerawat akan hilang dengan memicitnya?

Tidak. Selain daripada meninggalkan parut, memicit atau memecahkan jerawat akan merebakkan bakteria, dan menjadikan masalah jerawat anda lebih teruk.

Jadi, bagaimana hendak menghilangkan jerawat yang buruk ini?

Pembersih, krim dan gel dengan asid salisilik atau benzoil peroksida mampu melakukannya.