Ikuti petua & elat kulit ini untuk mendapatkan kulit cantik setiap hari.

Anda inginkan segalanya sempurna untuk majlis tarian prom, hari bergambar untuk buku tahunan, atau majlis perkahwinan sepupu anda. Tapi anda mendapat kejutan bila bangun pagi - bintik timbul pada muka anda! Jangan biarkan ini mematahkan semangat anda. Ikuti beberapa langkah mudah yang akan menyelamatkan hari seperti ini.

1. Bersihkan muka.

Cuci muka anda dengan pembersih yang mengandungi bahan-bahan pelawan jerawat, seperti benzoil peroksida dan asid salisilik. Ia mungkin tidak akan menghilangkan jerawat itu dengan serta-merta, tetapi ia akan mula membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan.

2. Gunakan sahap noda (concealer) hijau.

Mekap hijau? Pelik, bukan? Namun sahap noda (concealer) hijau memang direka khusus untuk mengimbangi kemerahan jerawat anda. Jadi, sapukan terus pada jerawat.

3. Sembunyikan.

Tiada sesiapa yang ingin tampil di khalayak ramai dengan tompok-tompok hijau yang tidak rata pada mukanya. Untuk lebih terlindung, sapukan krim asas bebas minyak yang sepadan dengan warna kulit anda. Kemudian tekapkan dengan bedak tabur supaya mekap anda tidak akan terjejas oleh kulit berminyak.

4. Senyum.

Mahu mengalih perhatian daripada jerawat anda dengan lebih lagi? Tampakkan gigi putih bak mutiara itu! Jangan biarkan jerawat kecil menyuramkan hari anda.