howbreakoutsbegin-pq.jpg

Jerawat tumbuh apabila minyak dan sel-sel kulit mati menyumbat pori-pori, yang boleh menyebabkan bakteria membiak. Tapi apakah sebenarnya yang membuatkan minyak dihasilkan dengan berlebihan?

Hormon

Androgen ialah hormon yang membuatkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Tubuh kita selalunya menghasilkan lebih banyak hormon ini dalam usia remaja, dan beberapa hari sebelum datang haid.

Sesetengah makanan

Jika anda sudah terkena akne, anda harus menjauhi produk tenusu dan karbohidrat yang diproses. Susu mengandungi hormon yang mencetuskan penghasilan minyak sementara karbohidrat yang diproses seperti roti putih, pasta dan kentang goreng mengakibatkan keradangan - yang boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk.

Rutin kecantikan anda

Sudahkah anda mencuci berus mekap anda? Memeriksa jika barang kosmetik anda berasaskan minyak? Untuk mendapatkan kulit yang bebas jerawat, pastikan anda mencuci berus anda seminggu sekali dan hanya menggunakan mekap yang bebas minyak dan bukan komedogenik, iaitu tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Dan jangan sekali-kali tidur tanpa menanggalkan mekap!